22 August 2016

kahwin, mudahka ?



assalamualaikum and holla readers !

Never thought my last post akan dapat a good response and thanks for visiting my blog walaupun payahnya susahnya pemalasnya nak update hihihih. Its fun to read the comments both at the comment box and at the chat box and again thank you :)

So, my sister now officially married (two days ago) ! Tahniah kakak and abang ipar. Maka, bertambahlah ahli keluarga dari 6 ke 7. Alhamdulillah. Nah sis belanja gambar :)



The bride the groom ! buat kakak ku satu satunya, semoga keluarga yang baru dibina ini akan terus kukuh dan semoga iringan langkah kaki mu bersama suami mu adalah bersama-sama menuju jannahNYA. Semoga jadi isteri yang solehah kepada suami dan ibu yang terbaik buat bakal anak-anak mu kelak :) Jangan pernah engkau sesekali lupa jasa mama dan papa meski suami mu berada di sisimu. Jangan sesekali kau tidak mempeduli adik-adik mu ini yang sentiasa menyanyangi mu. Semoga keluarga besar ini terus dilimpahkan kasih dan rahmat NYA. Insha Allah


dulu 6 sekarang dah 7. Papa mama tahniah dah dapat menantu. Such a heartbreak to see papa and mama cry during akad nikah. Untuk seorang ayah melepaskan anak perempuan, now i knew, TIDAK MUDAH. LANGSUNG. Dulu-dulu, i think alaaa, alaaaa kawin, yang susahnya nak urus majlis and pertahankan ikatan perkahwinan tu. Rupanya, diri ini tersilap. Hati seorang ayah yang sedih melepaskan anaknya, pilu seorang ibu melihat anak yang dulu di kandung dah jadi isteri orang. And i suddenly, kenapa rasa sedih yang amat ni ????? kahwin kan patutnya happy tapi why why why i rasa sedih gila gila. 

Paling tak tahan, tengok muka papa waktu nasihatkan abang ipar after the akad. Masa sibuk-sibuk buat persiapan kawin kakak, i was so excited and rasa macam NAK KAWEN JUGAKKKKKK PLEASE hahahah but saw everything before, during and after akad i suddenly feels, papa mama still belum puas nak manja manja dengan anak dorang ni . Apatah lagi sis yang dari umur 13 tahun duk jauh dari family. so, perasaan nak kawen jugak tu hilang serta merta. Terus, ada azam yang dulu nya pernah tersemat tiba-tiba berkobar kembali. nak spend masa sebanyak mungkin dengan parents and family before im getting married. nak bahagiakn papa mama sebahagia yang mungkin. insha Allah

untuk yang umur baru berapa tu, gedik gedik nak kahwin ohh pleasee. Study dulu, cari kerja bagi rasa dulu your parents titik peluh you okey ? Apa pun, jodoh tu rahsia Allah. Nak itu ini tak nak kawin awal, tapi bila Allah dah tetapkan jodoh awal, nak buat macam mana la kan. Perancangan Allah tu yang terbaik. As for me, niat memang nak bagi habis study dulu, cari kerja bagus2, tolong parents and bila hidup dah betul2 stabil baru la kawin :p. Tapi dalam masa itu, jodoh datang, terima la. Mesti ada hikmahnya. kan kan kan. 

wuish panjang pulak post kali ini hahaaha. Terlalu fokus sampai terpanjang. hihihi sebelum tu nah sis belanja lagi gambar 


Untuk keluarga ini, kebahagiaan ini, terima kasih Ya Allah 

bye, wassalam
DEAR MY FUTURE MAN,SOMEDAY ,WHOEVER YOU ARE, PLEASE DONT JUDGE ME BY MY MISTAKES, PLEASE JUST CORRECT ME IF I'M WRONG
all copyright© reserved by iqwa-niera 2011-2016