9 May 2015

its not that easy


assalamualaikum and morning gaiss ! selamat berhujung minggu :) 

aku hujung minggu masih sibuk dengan lab report yg bertimbun dan assignment yg aku sendiri tak tahu bila akan habisnyaa ;/ sabo je la namanya pun STUDENT kan. tapi sejak dua menjak rajin pulak jari aku menaip untuk update blog aku ni. wahahaahha. itukah yang dinamakan sibuk ? *emoji sinis* 

aku ingat bab-bab menulis update blog akan terkubur macam tu je rupanya baru aku perasan yang aku ni memang suka menulis rupanya (hahaahha) budak-budak yang macam aku ni kan yang suka meluah guna penulisan mungkin memang menulis menaip ni dah sebati kot dengan diri. ye la kau nak meluah dengan orang pun kadang ada je benda tak kena kadang kau yang kena blame. eeeee sedih kot hidup macam tu. tapi so far aku ada jugak besfriends yang sangat memahami dan sentiasa support aku alhamdulillah. takdenya dorang nak blame ke apa ke. siap dengar je kalau aku menangis tu hahaha. bagi pendapat tenangkan aku yang penuh keserabutan sekarang ni rasa ya Allah, terima kasih hadirkan kepada aku orang-orang yang begini ya Allah. aku yang dari 45 kg turun berat ke 41 kg kurang dalam masa seminggu. kahkahakah. ini memang melampau punya penurunan berat badan ni semua sebab tak makan. 

tapi, aku tak boleh kot macam ni terus. tubuh badan ni Allah bagi pinjam je dekat kita. bukan kite punya pun dah Allah bagi pinjam kena la jaga elok-elok. menzalimi diri sendiri itu adalah dosa tau kawan-kawan. aku ni bukan tak nak makan tapi asyik terfikir hal-hal yang buat hati tak tenang memanglah dah takda selera makan. 

tapi rasanya, hari makin hari aku dah okey kot. insha Allah. jenis-jenis stalk ni aku dah tak buat dah. hahaha. (kuranglah) mungkin dalam seminggu dua memanglah dah tak adanya nak stalk bagai. perghhhh ! kuat engkau niera ! weyhhh hidup ni kena kuat tau kau je boleh fix hati sendri kau je bole yakinkan diri semua tu bergantung dengan diri sendiri. 

"Allah takkan merubah nasib sesuatu kaum, jika kaum itu tidak merubah nasib mereka sendiri"

kau kena kuat tau. banyak lagi benda dalam dunia yang kau akan hadapi. banyak sangat. dan priority nya untuk jadi hamba Allah yang taat dan beriman. insha Allah. aku ni menulis serupa orang kecewa bercinta kan ? HAHAAHAHHA.OHH PLISS NIERA. 

lepas ni,nak update entry pasal kawin je la.tunggu tau tunggu. hihihihi. 


No comments:

DEAR MY FUTURE MAN,SOMEDAY ,WHOEVER YOU ARE, PLEASE DONT JUDGE ME BY MY MISTAKES, PLEASE JUST CORRECT ME IF I'M WRONG
all copyright© reserved by iqwa-niera 2011-2016